Wednesday, December 30, 2009

Favourite name..?

...Lagi pasal baby Sarah :)

Ok, nak share dengan uols semua.. sebelum bersalin, aku dah mencari-cari nama yang nak diberi pada bakal baby nanti.. since gynae dah kata perempuan.. so banyaklah senarai yang aku dah buat. bukan main excited lagi.. lagipon dah deal dengan 'The King'.

Disuatu malam..

Aku : Yang.. saya dah fikir dah nama baby nanti...abang kena terima!!saya tak kira :p
The King : hm..
Aku : nak taknak, abang kena terima. saya nak nama MELAYU! takmo nama pakistan2 ni lah. kita sekarang kat malaysia. hhehee..
The King : Tak..tak.. nama pakistan..
Aku : Taknak!
The King : Ok, macam ni, kalau perempuan.. awak bagi. kalau lelaki, saya bagi nama. OK?
Aku : Hehe..( dah gynae kata girl.. soo...faham-faham aje lah! )

Mula la aku mempergiatkan lagi mengumpul senarai namanya..antaranya.. :-

Alya Adrianna
Alya Raihana
Fatin Raihana
Fatin Adriana
Qrisya
Jannah
KUNTUM MAWARNI

..ATAU mana-mana lah gabungan antara nama2 yang aku suka ni. yahooooo.

Selepas BABY dilahirkan..

SARAH

ada kena mengena??


semuanya gara-gara The King telah memungkiri apa yang diperkatakan suatu ketika dulu.
masa aku sedang berhempas pulas sakit bersalin.. dia telahpun mewar warkan pada sanak dan saudaranya nama baby yang bakal dilahirkan adalah..SARAH.
Excited la tuh.

Whatever lah!yang penting kini kubahagia bersama SARAH. Ada apa pada nama.

**Kuntum Mawarni tu bukanlah nama pilihan.. saja je letak tadi tu, tiba tiba terfikir nama itu.. maybe for the next baby?ahaks :P

Tuesday, December 29, 2009

Letih..

Aku baru bangun tido @ 6pm! Ops.. bangun untuk kali ke2 hari ni la. Actually pukul 2 ptg tadi dah bangun dah.huh. pukul 2ptg baru bangun? kenapa??? semuanya sebab baby sarah :P. Suka suka dia je nak bangun and tidur pukul berapa. Semalam start bagi dia tidur pukul 12.. ok la. elok je dia tidur. Pukul 2 pagi bangun lagi. So, takda matlamat lain, aku sumbat susu.. then dia sambung tido balik.. pandai anak mama ye.

Pukul 6 pagi...

sarah terjaga lagi. nak susu, aku sumbat. stil nagis lagi.aku check pampers, berak x jugak.. lampin pon x basah. mata aku stil kuyu. tapi xpe. bagi can kat sarah nak tidur selesa, aku tukar lampin nya.. Uwek lagii...!!!tonggengkan sarah, maybe masuk angin, burrrrppppppppppp! mak ai.. mengalahkan orang dewasa bunyik nya.. Ok, bisik ati aku. mungkin sarah akan tido lepas ni. lepas puas dodoikan, tepuk tepuk badan sarah.. sarah stil lagi tak tido???? uwaaa......

7 pagi..
stil x tido. macam tak selesa je. aku sumbat soother.. tapi asyik diluahkan balik. sumbat lagi..

8pagi..
masih tak tido.. mamanya pula hampir menangis (hehe) tapi stil dicontrol. aktiviti sumbet menyumbat terus dilakukan.. hasilnya, NEGATIF!

9 pagi..
Sumbat susu pulak (memang dah hadkan sarah akan minum susu at least after 3 jam. kalau x asyik jeluak and muntah je..)tak tido lagi??

sampai satu tahap.. mama dah tak tahu nak buat apa lah sarah.. kenapa sarah tak nak tido..papa sarah pulak tidur kat luar tak ingat ape.. then mama biarkan dia bermain sorang2. kadang2 kedengaran sarah akan merengek and menangis sorang.. mamanye? sangatlah letih. mamanya dah buat tak tahu je.. kadang2 je sumbat soother kat sarah..

tiba2..
pintu bilik diketuk dan dikuak..
Ibu mertuaku@aka dadi ama(nenek) sarah menjenguk.. dialog bahasa urdunya..

dadi ama : kya hua sarah ko...(dia tanya, kenapa dengan sarah ni..)
mama sarah : pata nahin.. abhi tak nahin soya.. (entah.. sampai sekarang belum tido lagi..)
dadi ama: sarah.. kya hua..? (dia berdialog dengan cucunya. aku diam saja). dooth piti he? (dia tanya, dah minum susu ke...)
mama sarah : haa.. (dah!)
dadi ama : lau mujhe.. (bagilah saya..)


akhirnya.. dalam pukul 10 pagi sarah dibawa oleh neneknya ke bilik lain.. lepas dengan nenek dia elok je aku tengok dia tidur. nyenyak..sampaila pukul 3 ptg.. susupun dah tak ingat. kalau tak kejap2 bangun untuk menyusu.. takpe lah sarah. aku pun tertidur sampai la pukul 2......

hehe.

Saturday, December 5, 2009

21 November, 2009

Okay , after a period of time i was trapped with the pantang2 things (even it's not finish yet!), i'm ready to share the story about my experience in giving birth of baby SARAH.. (she is sleeping when this entry is written :P) . (The picture will be uploaded soon!)


20 Nov, 2009
Pukul 9 pagi, pergi hospital coz ada appointment masa 38 minggu kandungan. Sampai sana gynae check perut macam biasa.. scan.. then gynae cakap air ketuban aku dah kurang. Bahaye la jugak.. katanya. Tapi nada percakapan tak menggambarkan ke'dangerous'annya. So, aku rileks je lagi walaupun agak risau la..

Pastu tiba-tiba dia cakap.. 'Dr nak check bawah sikit boleh tak? nak tengok dah ada bukaan ke tak..'. Huh? nak check bawah? biar betik? takutnya! selalu dengar orang cakap kalau gynae check, dia akan seluk kat bawah tuh..sakit woo. waa.. seram! aku pun ikut je la.. sejuk tangan aku masa tuh.

Sebelum dia check, nampak dia sarung kan plastik, sapu gel kat tangan dia. Dengan selambanya dia pun memulakan kerja2 'penyelukan'.. 'Ha.. Alhamdulillah, jalan dah bukak. Adalah dalam 2 cm lebih. Dr boleh masukkan 2 jari!' katanya.. Masa tu memang rasa perit. Tapi nasib baik aku boleh rileks lagi. Aku just boleh tutup mata je nak tahan sakit tu. Apapun, memang sakit ok..

Pas selesai je scan menyeken tu, gynae suruh aku datang malam ni pukul 10, bawak barang2 semua, nak kena masuk wad. Katanya esok aku bersalin! Amboi! suka suka plak gynae ni nak suruh aku bersalin besok? dah la aku takde pun rasa sakit2 nak bersalin.. tanda pun takde? Kenapa pulak? Bukan kena tunggu sakit dulu ke? Bila cakap ngan hubby, dia kata ok, datang je la. Bertambah sejuk la tangan aku ni. Seramnye. Kalau aku tak tau bila aku nak bersalin ok la.. bila sakit, aku g la hospital. tapi ni tak. lain pulak kesnya.. Huhu. Takut2!


Balik hospital, terus call mak. Mak.. ani nak kena bersalin besok! Dengar je mak aku terus membebel. Dia tak setuju dengan apa yang gynae tu buat. Katanya, tu namanya nak paksa bersalin. Confirm2 diorang yang akan pecahkan air ketuban, bukan keluar semulajadi. And kalau diorang yang pecahkan air ketuban, mak cakap sakitnya lgi teruk and lama.. Mak, mak tau tak statement mak tu buatkan anakmu ini lagi bertambah seram. Menggigil tangan masa tu. Mak tak bagi pergi.. katanya, biar sakit dulu.. baru datang!

So.. di sebelah mak yang berdasarkan teori orang lama dan tradisional, and satu lagi gynae yang berpengalaman dan mempunyai alasan sendiri. Pening2. Tapi bila fikir2 bailk.. pergi je la..,

Petang tu, balik. Rehat kejap. Lepas tu sempat kemas2 bilik, iron baju hubby untuk bekalan selama seminggu, prepare apa2 yang patut.. Nanti kesian pulak hubby kang. Kena iron baju sendirik.Malam tu, rombongan menghantar aku ke hospital. Mak, ayah, hubby..

21 Nov, 2009

5.30 AM.
Tidur2 ayam. Sbenarnya memang tak dapat tidur pon dari malam tu.. Datang sorang nurse ni dengan peralatan yang aku tak pasti untuk apa.. Pastu dia cakap. Nak check bukaan. Again?????huhuhu. Takutnya.. nak2 nurse tu berbadan agak besar..Aku dah bayangkan tangannya menyeluk ke bwah. Uwaaaaaa!!Results : 3 cm..

9.00 AM
Kena seluk lagi!!!!! Tensionnya! Results : 3cm gaks..

11.oo AM
Kena lagi.. Dah takde perassan! lantaks la...hihi. Results : 3cm gak? huh. Bila nak bukak ni???

Lepas dah beberapa kali seluk tuh, memang perut dah mula terasa sakit2. Tegang and mengeras je.. nak jalan pun susah. Hubby pulak belum datang. Huuhu.

1.00 PM.
Kena lagi sekali. Dia cakap stil 3 cm, tapi permukaan tu dah lembut. Lembut? apa yang lembut? entahla.. Dia suruh sembahyang , makan, lepas tu dia cakap nak kena masuk labor room. Kecut perut lagi. Masa tu hubby sampai and mak mertua sampai..Kata hubby, mak ngan ayah sampai lepas 10 minit aku kat labor rooom tu..

1.45 PM - 5.21 pm - Sakit Bersalin. Azabnya rasa.. tapi pengalaman yang sangat berharga.
Air ketuban dipecahkan.. Start daripada air ketuban tu dipecahkan.. Sakitnya bukan main. Azabnya.. makin lama makin kuat rasanya. Menyesal pulak tak pakai epidural untuk kurangkan sakit masa tu.. Aku ni pulak jenis yang tak boleh tahan sakit(aku pun baru tau..) terus meraung. huhu. mak aku cakap, sampai kat luar dengar.. masa tu la dia ngan mak mertua aku menangis. Biasalah.. perempuan.. diorang pun tahu sakit bersalin tu macam mana.. Dah lama2 menanggung sakit tu, maybe nurse tu kesian kat aku, dia panggul hubby untuk datang teman.. memang hubby ni dari awal2 lagi cakap, jangan paksa dia tengaok.. dia tak boleh. Tapi dia datang juga ke labor room teman kan.. masa nampak je muka hubby, terasa macam ada satu semangat sikit. Tangan dia aku genggam kuat2. Tapi raungan tak berkurang. Lagi teruk. Hm.. takpe, at least aku puas hati sebab hubby dapat tengok sakit yang aku tanggung. Biar dia sayang lebih kat aku lepas nih. Hiks. Lebih kurang pukul 5.15, nurse kata kepala dah nampak.. Boleh teran.. Masa tu doktor datang. Aku pon meneran dengan sekuat hati.. lepas lebih kurang 5-10 minit meneran.. baby SARAH pun keluar.. Seberat 2.71 kg.. Comel jer.. :p Alhamdulillah..









Friday, November 20, 2009

38 weeks..

.... couple more weeks to go!
Lebih kurang 2 minggu je lagi.. Tu pun belum tentu, mana tau kalau-kalau baby mama nak keluar cepat. Tak sabar nak jumpa mama and papa beliau. Aww! Rasa semacam menggediks. Nak diikutkan, aku prefer kalau nanti baby panggil diriku mak.. umi pun macam best.. tapi since my hubby a.k.a 'The King' nak suruh baby panggil beliau papa.. so mama luv papa lah!Meluat tak korang baca? Hiks.
Memang meluat. Aku sendiri pun meluats dengan ayats menggediks ini..
Berdebar la pulak. InsyaaLLAH, I hope EVERYTHING WILL BE Ok. Easy and Safe delivery..
Amin.


** Dah fikir beberapa nama untuk baby.. Papa beliau dah cop untuk bagi nama depan, mama add nama yang kat belakang.. hehe.Semua nama girl.. dah tu, tiap- tiap kali scan gynae kate.. girl la anak awak.. barang-barang baby pun dah beli and most of them PINK IN COLOR.. Semangat. Beliau tak tahu, sekali yang keluarnya Boy. Hambek..! Apapun, for the first baby, tak kisah la.. asal sihat, selamat and the most important is.. evererything is on the right place. Amin..
Tak pe.. according to my mak, tak salah kalau kita minta doa and mintak macam-macam kat Allah, kalau diperkenankan Alhamdulillah la....bonus. Kalau tak, boleh doa lagi. :p

Ok, to be continued..

Wednesday, November 18, 2009

Ok, today's topic is.. the changes in me during my pregnancy..

Since now i'm carrying a big stomach (but not so big la.. ok je la..) and have a couple more weeks until my due date, i think i'm completely lost my mind! being so tired all day long.. having a mood swing, sometimes crying for no reason! My hubby are used to it.. he said, "dont be so cengeng ye yang.. This is the price you need to pay when you decided to have a baby at the first place..Biasa la tuh. Sabar je lah.. Sekejap je lagi.." Ehhe.. this is what i call.. Easier said than done! Haih..kalau abang yang rasa. tau la macam mana. nak ker? Cuba try test tengokkkkk!!!!!Grr.

Ok2, back to the topic. I just want to share the feeling that i have during my pregnancy ..

1. Tiba- tiba berminat nak tahu perihal keibuan. Hik. I started to join mummy's club forum.

2. Dengan perut yang menonjol. Aww. i think i'm so seksi sekarang ni ok.

3. Rasa jeles bila tengok ibu2 menggendong baby.. seronoknya. Dulu kalau nampak, tak peduli pon. Ala.. takpe lah kan yang..? nanti saya bagi abang satu ek. kejap je lagi? tapi saya planning nak 5 jumlah kesemuanya.ok?

4. Berat sebelum pregnant = 69. Selepas bulan ke-4 = 65 (turun sebab asyik loya je. tapi tak pernah muntah.), Sekarang! Only RM 74! thihihiii..Lepas ni, aku target 60 rupiah je! So yang, bersedia kumpul duit banyak2. saya nak ikut Erra Fazira ke Slim WOrld...yahhhooo.

5. Seperti yang diceritakan di atas, simptom2 normal for the preggy. Mood swings.. kejap ok, kejap rasa mereng. Pastu nangis tak tentu pasal.. having trouble to sleep as the stomach getting bigger.. memang letih lah. Tapi takpe.. untukmu my baby.. ku sanggup!

That day, i went to my mak's house. Pakai baju yang agak ketat la. Actually, baju tu biasa je.. cume bila dah pakai time2 macam ni, nampak lah ketat. Masa tu jalan dengan my lil brother. Terpandang satu cermin. Ku lihat diriku di depan cermin.. ah, masih slim rupanya aku. Dengan bangganya, aku jalan cepat2 pintas adik aku tu. "Dik, how do i look?? dari belakang mesti slim kan? ". Sambil cuba untuk jalan melenggangkan punggung seperti model.
"Hah iye la tu... jalan terkedek jugak!" Katanya. Aduh!

Ok, just for sharing! Thanks for reading benda yang merapu ni til the End..:)

Monday, November 16, 2009

Why am i blogging?

Ya.. kenapa saya ber'blogging'? Hm.. simple je..!
Well, i was inspired to write my own blog after a conversation i had with my friends. Aku bersama kawan2 ini yang seramai 4 orang (termasuk aku) having a 'buka puasa' at Kopitiam nearby my place.. The conversation about the 'blogging thing' only took about 5 minutes. Here are the details :-

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh Kejadian : Sabtu ke Ahad.. entah, hilang ingatan (5 atau 6 Sept, 2009)
Masa : Dalam pukul 8.00pm (Selepas kenyang berbuka puasa)
Tempat : Station Kopitiam , Semua House. Area Masjid India..
Watak : Aku, Yamani, Anis, Dayah..

Lebih kurang macam ini..

Dayah : Reni.. kenapa kau tak nak tulis blog?

Aku : Aku?Hehehehe..nak buat apa? Ada kah orang nak baca blog aku? (He.e.e.e..padahal memang aku punyai blog sendiri yang telah dilancarkan lama dahulu.. cuma malu2 nak war warkan pada kawan2. .. so bolehlah aku merapu sorang2)

Anis : Aku! (ringkas jawapannya)

Dayah : Ala.. kau kan dah nak ada baby.. boleh la cerita progress anak kau nanti.. Kalau kitorang tak contact pun.. boleh juga baca blog pasal kau dengan baby kau.. (Ya. Now i'm 6+ months pregnant!)

Yamani : ..........(membisu.. walaubagaimanapun, watak perlu dihidupkan! tak kira.. masukkan jugak)

Aku: Hehehehe... (senyum je.. tapi dalam otak aku sudah memikirkan sesuatu. Ya betul!)

Dayah : Nanti kau letak la link blog kau kat mana2.. baru orang tau...

Yamani : Slurrrrrrrrrppppppppp..(Menghabiskan sisa ice blanded fruit. Kau ni Y.. memang.. takpa.. memang patut pun kau tu jadi pemerhati bebas.. Kalau kau menyampuk pun memang tak ke mana. Orang sibuk cerita pasal ayam, kau masuk bab itik pula nanti.. Tahu diri pun kau itu. Senyap.)

--------Dialog Tamat Di Sini ---------
That's it.

So... betul juga. Nanti la.. memang pernah juga aku terbaca blog ibu-ibu sebaya aku menceritakan perihal keluarga.. pasal newborn baby.. memang seronok membacanya..

Just for sharing..

During my pregnancy.. people keep saying, its better to place a good picture of a cute baby in my room, in my desktop or everywhere! Bak kata mereka.. bolehla terkena aura baby comel tu.. betul ke tak, hanya Tuhan yang tahu.. whatever it is.. i just want to share the picture of this cute babies. Aku letak kat desktop, and screen saver my mobile. Ok.

Cute baby boy..

Cute baby girl..

That's all..


Presenting.. the love of my life.
(Oh my.. i just dont understand why is the picture is so blurrrr?)
Was born in 1975, not so romantic. Tak apalah yang.
Sangat chubby and comeyy (as for me lar..).akekek.
Love to live in his own world. Do whatever he want.
Tak peduli nasihat orang lain. Kepala batu, but not the real batu ok..
Hard working.
Silent thinker. Tengok tv tapi kepala otak fikir Bisnes!bisnes!bisnes!Go..go..gadget go!
Whatever lah!
apa yang penting...(kerjasama). Eh. no lah.
the most importante is
Saya sayangggg abang!!

**Wondering where is the real picture of the QUEEN???
Tunggu.....
Coming soon!
The real identity has not been reveal yet :)

Sunday, November 15, 2009

So, who i am ?
I'm 24, married, a WIFE of a non-romantic husband :) Phir bi. i'm so happy. thanks HUBBY! By the time this entry is written, i'm 8+ months pregnant and Insyaallah will deliver a baby anytime! Cant wait to see my own baby after 3 years of marriage. Thanks hubby for this precious gift! I'm passionate about the things that really grab my attention. I'm passionate about being a good wife to my hubby.. and at the same time, trying to be a good mummy too (even though my baby is still in my womb).hoho.

Current status
Currently jobless. Planning to have one next year *wink. Hehe. Hope can arrr hubby?. I was born in Kuala Lumpur in 1985 (Thanks to my 'mak' and my 'ayah' coz bringing me to this world)

Attitude / Quality that i have in me?

Willing to make a large sacrifice for the person that i loved so much. People will come to me complaining about their life because they think that i can understand others very well. I can be very good in listening and can bee too sensitive. If you see me extremely quite, dont bother to talk to me because that time i'm not in the good mood. Never mind.. it can be changed quickly.
I always want to be free. Dont like any kongkongan from anyone.i know how to handle myself to the right path. (eksyennye!). BUT! sometimes i have a feeling that i cant handle certain things by my own. Small arguments can really upsets me. I'm a person who is easily forgive, but not to forget. So just forgive me for being myself. Same like others, i'm just a typical person that cant avoid myself for making a mistake and hardly trying to achieve everything that i want to have.

..and the most important is..

I love someone who loves me back in return. I love my hubby, my mak, my ayah, my abang, adik and kakak. I love my friends tooo...!

Testing!!!!

;;