Wednesday, December 30, 2009

Favourite name..?

...Lagi pasal baby Sarah :)

Ok, nak share dengan uols semua.. sebelum bersalin, aku dah mencari-cari nama yang nak diberi pada bakal baby nanti.. since gynae dah kata perempuan.. so banyaklah senarai yang aku dah buat. bukan main excited lagi.. lagipon dah deal dengan 'The King'.

Disuatu malam..

Aku : Yang.. saya dah fikir dah nama baby nanti...abang kena terima!!saya tak kira :p
The King : hm..
Aku : nak taknak, abang kena terima. saya nak nama MELAYU! takmo nama pakistan2 ni lah. kita sekarang kat malaysia. hhehee..
The King : Tak..tak.. nama pakistan..
Aku : Taknak!
The King : Ok, macam ni, kalau perempuan.. awak bagi. kalau lelaki, saya bagi nama. OK?
Aku : Hehe..( dah gynae kata girl.. soo...faham-faham aje lah! )

Mula la aku mempergiatkan lagi mengumpul senarai namanya..antaranya.. :-

Alya Adrianna
Alya Raihana
Fatin Raihana
Fatin Adriana
Qrisya
Jannah
KUNTUM MAWARNI

..ATAU mana-mana lah gabungan antara nama2 yang aku suka ni. yahooooo.

Selepas BABY dilahirkan..

SARAH

ada kena mengena??


semuanya gara-gara The King telah memungkiri apa yang diperkatakan suatu ketika dulu.
masa aku sedang berhempas pulas sakit bersalin.. dia telahpun mewar warkan pada sanak dan saudaranya nama baby yang bakal dilahirkan adalah..SARAH.
Excited la tuh.

Whatever lah!yang penting kini kubahagia bersama SARAH. Ada apa pada nama.

**Kuntum Mawarni tu bukanlah nama pilihan.. saja je letak tadi tu, tiba tiba terfikir nama itu.. maybe for the next baby?ahaks :P

0 ppl membebel..:

Post a Comment