Wednesday, December 30, 2009

Favourite name..?

...Lagi pasal baby Sarah :)

Ok, nak share dengan uols semua.. sebelum bersalin, aku dah mencari-cari nama yang nak diberi pada bakal baby nanti.. since gynae dah kata perempuan.. so banyaklah senarai yang aku dah buat. bukan main excited lagi.. lagipon dah deal dengan 'The King'.

Disuatu malam..

Aku : Yang.. saya dah fikir dah nama baby nanti...abang kena terima!!saya tak kira :p
The King : hm..
Aku : nak taknak, abang kena terima. saya nak nama MELAYU! takmo nama pakistan2 ni lah. kita sekarang kat malaysia. hhehee..
The King : Tak..tak.. nama pakistan..
Aku : Taknak!
The King : Ok, macam ni, kalau perempuan.. awak bagi. kalau lelaki, saya bagi nama. OK?
Aku : Hehe..( dah gynae kata girl.. soo...faham-faham aje lah! )

Mula la aku mempergiatkan lagi mengumpul senarai namanya..antaranya.. :-

Alya Adrianna
Alya Raihana
Fatin Raihana
Fatin Adriana
Qrisya
Jannah
KUNTUM MAWARNI

..ATAU mana-mana lah gabungan antara nama2 yang aku suka ni. yahooooo.

Selepas BABY dilahirkan..

SARAH

ada kena mengena??


semuanya gara-gara The King telah memungkiri apa yang diperkatakan suatu ketika dulu.
masa aku sedang berhempas pulas sakit bersalin.. dia telahpun mewar warkan pada sanak dan saudaranya nama baby yang bakal dilahirkan adalah..SARAH.
Excited la tuh.

Whatever lah!yang penting kini kubahagia bersama SARAH. Ada apa pada nama.

**Kuntum Mawarni tu bukanlah nama pilihan.. saja je letak tadi tu, tiba tiba terfikir nama itu.. maybe for the next baby?ahaks :P

Tuesday, December 29, 2009

Letih..

Aku baru bangun tido @ 6pm! Ops.. bangun untuk kali ke2 hari ni la. Actually pukul 2 ptg tadi dah bangun dah.huh. pukul 2ptg baru bangun? kenapa??? semuanya sebab baby sarah :P. Suka suka dia je nak bangun and tidur pukul berapa. Semalam start bagi dia tidur pukul 12.. ok la. elok je dia tidur. Pukul 2 pagi bangun lagi. So, takda matlamat lain, aku sumbat susu.. then dia sambung tido balik.. pandai anak mama ye.

Pukul 6 pagi...

sarah terjaga lagi. nak susu, aku sumbat. stil nagis lagi.aku check pampers, berak x jugak.. lampin pon x basah. mata aku stil kuyu. tapi xpe. bagi can kat sarah nak tidur selesa, aku tukar lampin nya.. Uwek lagii...!!!tonggengkan sarah, maybe masuk angin, burrrrppppppppppp! mak ai.. mengalahkan orang dewasa bunyik nya.. Ok, bisik ati aku. mungkin sarah akan tido lepas ni. lepas puas dodoikan, tepuk tepuk badan sarah.. sarah stil lagi tak tido???? uwaaa......

7 pagi..
stil x tido. macam tak selesa je. aku sumbat soother.. tapi asyik diluahkan balik. sumbat lagi..

8pagi..
masih tak tido.. mamanya pula hampir menangis (hehe) tapi stil dicontrol. aktiviti sumbet menyumbat terus dilakukan.. hasilnya, NEGATIF!

9 pagi..
Sumbat susu pulak (memang dah hadkan sarah akan minum susu at least after 3 jam. kalau x asyik jeluak and muntah je..)tak tido lagi??

sampai satu tahap.. mama dah tak tahu nak buat apa lah sarah.. kenapa sarah tak nak tido..papa sarah pulak tidur kat luar tak ingat ape.. then mama biarkan dia bermain sorang2. kadang2 kedengaran sarah akan merengek and menangis sorang.. mamanye? sangatlah letih. mamanya dah buat tak tahu je.. kadang2 je sumbat soother kat sarah..

tiba2..
pintu bilik diketuk dan dikuak..
Ibu mertuaku@aka dadi ama(nenek) sarah menjenguk.. dialog bahasa urdunya..

dadi ama : kya hua sarah ko...(dia tanya, kenapa dengan sarah ni..)
mama sarah : pata nahin.. abhi tak nahin soya.. (entah.. sampai sekarang belum tido lagi..)
dadi ama: sarah.. kya hua..? (dia berdialog dengan cucunya. aku diam saja). dooth piti he? (dia tanya, dah minum susu ke...)
mama sarah : haa.. (dah!)
dadi ama : lau mujhe.. (bagilah saya..)


akhirnya.. dalam pukul 10 pagi sarah dibawa oleh neneknya ke bilik lain.. lepas dengan nenek dia elok je aku tengok dia tidur. nyenyak..sampaila pukul 3 ptg.. susupun dah tak ingat. kalau tak kejap2 bangun untuk menyusu.. takpe lah sarah. aku pun tertidur sampai la pukul 2......

hehe.

Saturday, December 5, 2009

21 November, 2009

Okay , after a period of time i was trapped with the pantang2 things (even it's not finish yet!), i'm ready to share the story about my experience in giving birth of baby SARAH.. (she is sleeping when this entry is written :P) . (The picture will be uploaded soon!)


20 Nov, 2009
Pukul 9 pagi, pergi hospital coz ada appointment masa 38 minggu kandungan. Sampai sana gynae check perut macam biasa.. scan.. then gynae cakap air ketuban aku dah kurang. Bahaye la jugak.. katanya. Tapi nada percakapan tak menggambarkan ke'dangerous'annya. So, aku rileks je lagi walaupun agak risau la..

Pastu tiba-tiba dia cakap.. 'Dr nak check bawah sikit boleh tak? nak tengok dah ada bukaan ke tak..'. Huh? nak check bawah? biar betik? takutnya! selalu dengar orang cakap kalau gynae check, dia akan seluk kat bawah tuh..sakit woo. waa.. seram! aku pun ikut je la.. sejuk tangan aku masa tuh.

Sebelum dia check, nampak dia sarung kan plastik, sapu gel kat tangan dia. Dengan selambanya dia pun memulakan kerja2 'penyelukan'.. 'Ha.. Alhamdulillah, jalan dah bukak. Adalah dalam 2 cm lebih. Dr boleh masukkan 2 jari!' katanya.. Masa tu memang rasa perit. Tapi nasib baik aku boleh rileks lagi. Aku just boleh tutup mata je nak tahan sakit tu. Apapun, memang sakit ok..

Pas selesai je scan menyeken tu, gynae suruh aku datang malam ni pukul 10, bawak barang2 semua, nak kena masuk wad. Katanya esok aku bersalin! Amboi! suka suka plak gynae ni nak suruh aku bersalin besok? dah la aku takde pun rasa sakit2 nak bersalin.. tanda pun takde? Kenapa pulak? Bukan kena tunggu sakit dulu ke? Bila cakap ngan hubby, dia kata ok, datang je la. Bertambah sejuk la tangan aku ni. Seramnye. Kalau aku tak tau bila aku nak bersalin ok la.. bila sakit, aku g la hospital. tapi ni tak. lain pulak kesnya.. Huhu. Takut2!


Balik hospital, terus call mak. Mak.. ani nak kena bersalin besok! Dengar je mak aku terus membebel. Dia tak setuju dengan apa yang gynae tu buat. Katanya, tu namanya nak paksa bersalin. Confirm2 diorang yang akan pecahkan air ketuban, bukan keluar semulajadi. And kalau diorang yang pecahkan air ketuban, mak cakap sakitnya lgi teruk and lama.. Mak, mak tau tak statement mak tu buatkan anakmu ini lagi bertambah seram. Menggigil tangan masa tu. Mak tak bagi pergi.. katanya, biar sakit dulu.. baru datang!

So.. di sebelah mak yang berdasarkan teori orang lama dan tradisional, and satu lagi gynae yang berpengalaman dan mempunyai alasan sendiri. Pening2. Tapi bila fikir2 bailk.. pergi je la..,

Petang tu, balik. Rehat kejap. Lepas tu sempat kemas2 bilik, iron baju hubby untuk bekalan selama seminggu, prepare apa2 yang patut.. Nanti kesian pulak hubby kang. Kena iron baju sendirik.Malam tu, rombongan menghantar aku ke hospital. Mak, ayah, hubby..

21 Nov, 2009

5.30 AM.
Tidur2 ayam. Sbenarnya memang tak dapat tidur pon dari malam tu.. Datang sorang nurse ni dengan peralatan yang aku tak pasti untuk apa.. Pastu dia cakap. Nak check bukaan. Again?????huhuhu. Takutnya.. nak2 nurse tu berbadan agak besar..Aku dah bayangkan tangannya menyeluk ke bwah. Uwaaaaaa!!Results : 3 cm..

9.00 AM
Kena seluk lagi!!!!! Tensionnya! Results : 3cm gaks..

11.oo AM
Kena lagi.. Dah takde perassan! lantaks la...hihi. Results : 3cm gak? huh. Bila nak bukak ni???

Lepas dah beberapa kali seluk tuh, memang perut dah mula terasa sakit2. Tegang and mengeras je.. nak jalan pun susah. Hubby pulak belum datang. Huuhu.

1.00 PM.
Kena lagi sekali. Dia cakap stil 3 cm, tapi permukaan tu dah lembut. Lembut? apa yang lembut? entahla.. Dia suruh sembahyang , makan, lepas tu dia cakap nak kena masuk labor room. Kecut perut lagi. Masa tu hubby sampai and mak mertua sampai..Kata hubby, mak ngan ayah sampai lepas 10 minit aku kat labor rooom tu..

1.45 PM - 5.21 pm - Sakit Bersalin. Azabnya rasa.. tapi pengalaman yang sangat berharga.
Air ketuban dipecahkan.. Start daripada air ketuban tu dipecahkan.. Sakitnya bukan main. Azabnya.. makin lama makin kuat rasanya. Menyesal pulak tak pakai epidural untuk kurangkan sakit masa tu.. Aku ni pulak jenis yang tak boleh tahan sakit(aku pun baru tau..) terus meraung. huhu. mak aku cakap, sampai kat luar dengar.. masa tu la dia ngan mak mertua aku menangis. Biasalah.. perempuan.. diorang pun tahu sakit bersalin tu macam mana.. Dah lama2 menanggung sakit tu, maybe nurse tu kesian kat aku, dia panggul hubby untuk datang teman.. memang hubby ni dari awal2 lagi cakap, jangan paksa dia tengaok.. dia tak boleh. Tapi dia datang juga ke labor room teman kan.. masa nampak je muka hubby, terasa macam ada satu semangat sikit. Tangan dia aku genggam kuat2. Tapi raungan tak berkurang. Lagi teruk. Hm.. takpe, at least aku puas hati sebab hubby dapat tengok sakit yang aku tanggung. Biar dia sayang lebih kat aku lepas nih. Hiks. Lebih kurang pukul 5.15, nurse kata kepala dah nampak.. Boleh teran.. Masa tu doktor datang. Aku pon meneran dengan sekuat hati.. lepas lebih kurang 5-10 minit meneran.. baby SARAH pun keluar.. Seberat 2.71 kg.. Comel jer.. :p Alhamdulillah..









;;