Wednesday, December 30, 2009
...Lagi pasal baby Sarah :)
Ok, nak share dengan uols semua.. sebelum bersalin, aku dah mencari-cari nama yang nak diberi pada bakal baby nanti.. since gynae dah kata perempuan.. so banyaklah senarai yang aku dah buat. bukan main excited lagi.. lagipon dah deal dengan 'The King'.
Disuatu malam..
Aku : Yang.. saya dah fikir dah nama baby nanti...abang kena terima!!saya tak kira :p
The King : hm..
Aku : nak taknak, abang kena terima. saya nak nama MELAYU! takmo nama pakistan2 ni lah. kita sekarang kat malaysia. hhehee..
The King : Tak..tak.. nama pakistan..
Aku : Taknak!
The King : Ok, macam ni, kalau perempuan.. awak bagi. kalau lelaki, saya bagi nama. OK?
Aku : Hehe..( dah gynae kata girl.. soo...faham-faham aje lah! )
Mula la aku mempergiatkan lagi mengumpul senarai namanya..antaranya.. :-
Alya Raihana
Fatin Raihana
Fatin Adriana
Qrisya
Jannah
KUNTUM MAWARNI
..ATAU mana-mana lah gabungan antara nama2 yang aku suka ni. yahooooo.
ada kena mengena??
semuanya gara-gara The King telah memungkiri apa yang diperkatakan suatu ketika dulu.
masa aku sedang berhempas pulas sakit bersalin.. dia telahpun mewar warkan pada sanak dan saudaranya nama baby yang bakal dilahirkan adalah..SARAH.
Excited la tuh.
Whatever lah!yang penting kini kubahagia bersama SARAH. Ada apa pada nama.
Tuesday, December 29, 2009
Aku baru bangun tido @ 6pm! Ops.. bangun untuk kali ke2 hari ni la. Actually pukul 2 ptg tadi dah bangun dah.huh. pukul 2ptg baru bangun? kenapa??? semuanya sebab baby sarah :P. Suka suka dia je nak bangun and tidur pukul berapa. Semalam start bagi dia tidur pukul 12.. ok la. elok je dia tidur. Pukul 2 pagi bangun lagi. So, takda matlamat lain, aku sumbat susu.. then dia sambung tido balik.. pandai anak mama ye.
Pukul 6 pagi...
sarah terjaga lagi. nak susu, aku sumbat. stil nagis lagi.aku check pampers, berak x jugak.. lampin pon x basah. mata aku stil kuyu. tapi xpe. bagi can kat sarah nak tidur selesa, aku tukar lampin nya.. Uwek lagii...!!!tonggengkan sarah, maybe masuk angin, burrrrppppppppppp! mak ai.. mengalahkan orang dewasa bunyik nya.. Ok, bisik ati aku. mungkin sarah akan tido lepas ni. lepas puas dodoikan, tepuk tepuk badan sarah.. sarah stil lagi tak tido???? uwaaa......
7 pagi..
stil x tido. macam tak selesa je. aku sumbat soother.. tapi asyik diluahkan balik. sumbat lagi..
8pagi..
masih tak tido.. mamanya pula hampir menangis (hehe) tapi stil dicontrol. aktiviti sumbet menyumbat terus dilakukan.. hasilnya, NEGATIF!
9 pagi..
Sumbat susu pulak (memang dah hadkan sarah akan minum susu at least after 3 jam. kalau x asyik jeluak and muntah je..)tak tido lagi??
sampai satu tahap.. mama dah tak tahu nak buat apa lah sarah.. kenapa sarah tak nak tido..papa sarah pulak tidur kat luar tak ingat ape.. then mama biarkan dia bermain sorang2. kadang2 kedengaran sarah akan merengek and menangis sorang.. mamanye? sangatlah letih. mamanya dah buat tak tahu je.. kadang2 je sumbat soother kat sarah..
tiba2..
pintu bilik diketuk dan dikuak..
Ibu mertuaku@aka dadi ama(nenek) sarah menjenguk.. dialog bahasa urdunya..
dadi ama : kya hua sarah ko...(dia tanya, kenapa dengan sarah ni..)
mama sarah : pata nahin.. abhi tak nahin soya.. (entah.. sampai sekarang belum tido lagi..)
dadi ama: sarah.. kya hua..? (dia berdialog dengan cucunya. aku diam saja). dooth piti he? (dia tanya, dah minum susu ke...)
mama sarah : haa.. (dah!)
dadi ama : lau mujhe.. (bagilah saya..)
akhirnya.. dalam pukul 10 pagi sarah dibawa oleh neneknya ke bilik lain.. lepas dengan nenek dia elok je aku tengok dia tidur. nyenyak..sampaila pukul 3 ptg.. susupun dah tak ingat. kalau tak kejap2 bangun untuk menyusu.. takpe lah sarah. aku pun tertidur sampai la pukul 2......
hehe.
Saturday, December 5, 2009
Okay , after a period of time i was trapped with the pantang2 things (even it's not finish yet!), i'm ready to share the story about my experience in giving birth of baby SARAH.. (she is sleeping when this entry is written :P) . (The picture will be uploaded soon!)